16 November 2012

::TIPS:: JENIS KAIN MEMBUAT T SHIRT

Sebenarnya ada berbagai-bagai jenis kain digunakan untuk membuat t-shirt.


  • TC 26
  • TC 30
  • CVC 40 Double Interlock
  • CVC Honey Comb
  • CVC Honeycomb Lacoste
  • CVC Wafer
  • CVC Lacoste
  • Fully Comb Woven Coller
  • 100% Cotton Mini Twill
  • 100% Cotton Turbular
  • Double Interlock
  • 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
  • Micro Fibre
  • Cotton Round Neck
Tetapi saya nak beri pengenalan terhadap 4 jenis kain yang biasa digunakan untuk membuat t-shirt.

1. Tetra Cotton (TC 26)
Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Namun kain ini amat luas digunakan sperti baju muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, hari sukan atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah
untuk scretch.

2. Cotton 100%
Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat melebar (scretch/shrinkage)

3. CVC/PK/Lacoste
Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.

4. Micro Fibre
Kain jenis ini amat selesa dipakai. kebiasaan kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

 

Copyright © Galeri Muslimah IMPIAN MIMI . Designed by Whitey Mommy