Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

23 January 2014

GMIM di Karnival Halalan Toyyiban.

Assalamualaikum.

Jemput hadir beramai-ramai ye.
Galeri Muslimah Impian Mimi akan membuka booth jualan pakaian Muslimah dan aksesori wanita.

Bersama kita memeriahkan program-program yang di sediakan dan berkunjung ke booth-booth jualan pelbagai produk.

Jumpa Cikpuan di sana ye...

07 July 2013

GMIM di Lantunan Mahabbah.

Alhamdulillah!

Galeri Muslimah Impian Mimi di Lantunan Mahabbah selama 2 hari 3 malam. Bertuah!
Itu perkataan yang layak di gambarkan.
Tahniah Yayasan PAKSI atas penganjuran yang senantiasa meriah dan berjaya.
Paling penting, membawa pengunjung semakin mencintai ALLAH dan Rasul.

Pelbagai pengisian mendidik jiwa kami peroleh. Bertemu dengan insan-insan hebat.
Pengunjung dan pembeli yang ramah serta baik hati dan solehah.

Kali ini GMIM berkolaborasi bersama Alkhattab Batik (AKB) dan Souq Khadijah.
Senang sekali.

Terima Kasih!
In sha ALLAH kami akan menjadi peniaga setia di Lantunan Mahabbah akan datang.

Moga ketemu di lain masa.
Assalamualaikum.



Jubah Kanak-kanak Eksklusif dari Mesir menjadi rebutan.



Sejadah Putih yang cantik!



Baju Kurung Cotton Eksklusif by myjubah.com.
Bergaya dan Elegan.



Souq Khadijah turun padang.
Membawa makanan Sunnah kepada Anda!



Jubah-jubah Mesir yang teramat awesome!



Gerai jualan Buku-buku Ilmiah bersebelahan kami.
Suasana malam yang syahdu.



AKB menembusi pasaran Kedah!



Jubah Batik Muslimah AKB yang sungguh menawan!


Galeri Muslimah Impian Mimi di waktu malam.



Hot Item~Colorful Handsocks, bergandingan dengan pelbagai barangan sunnah dari Timur Tengah, di bawa khas oleh Souq Khadijah.

03 July 2013

GMIM di Being Me:Muslimah Empowered.

Assalamualaikum!
Kurang lebih seminggu dari sekarang, kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan yang Mulia. GMIM mengambil kesempatan mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Semoga Cikpuan dan keluarga serta teman sudah bersedia dan teruja menanti kedatangannya! Mari kita bersama berazam meningkatkan amal dan ibadah kita.

Pada hari Sabtu yang lalu, GMIM berkesempatan membuka booth niaga di PICC,Putrajaya bersempena program Being Me:Muslimah Empowered, anjuran Mercy Mission.

Sungguh mengujakan!

Penganjur, peserta, rakan peniaga..
Semuanya terlalu memberi inspirasi yang istimewa.

Kami sertakan gambar sekitar program ya!

Terima Kasih.
Jumpa lagi ya!










17 June 2013

GMIM Sekitar Seminar K-Fiqh.

Assalamualaikum! :)

Alhamdulillah, hari Sabtu dan Ahad yang lalu, Galeri Muslimah Impian Mimi (GMIM) berkesempatan membuka booth di tapak niaga bersempena Seminar K-Fiqh, bertempat di Dewan Cempaka Sari, Putrajaya.

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan Seminar yang amat bermanfaat ini.

Jutaan Terima kasih kepada pelanggan yang sudi singgah walaupun sebentar di booth kami. Sokongan Cikpuan amat kami hargai! <3











Jumpa lagi di lain masa ya!

Wassalam.

10 June 2013

GMIM Di Program Seminar Fiqh Ibubapa Mithali.


Assalamualaikum! 
ALHAMDULLLAH...

Jika ALLAH mengizinkan, Galeri Muslimah Impian Mimi akan berada di booth Seminar Fiqh Ibu Bapa Mithali, pada:

Hari: Sabtu & Ahad.
Tarikh: 15 & 16 Jun 2013.
Tempat: Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya.


Para ibu bapa dan bakal ibu bapa..
Jom sertai seminar yang penuh manfaat ini!
Panelis yang di tampilkan adalah mereka yang punya ilmu dan pengalaman yang luas dalam lapangan masing-masing. Pasti tidak rugi!
Berusaha ke arah pembentukan anak yang soleh dan solehah bermula dengan didikan ibu bapa mithali 

Jumpa Cikpuan semua di sana nanti ya! 

20 May 2013

GMIM di Program "Syariat Itu Mudah Kahwin Itu Indah."


Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum...

Jika di izinkan ALLAH, Galeri Muslimah Impian Mimi (GMIM) akan bertemu dengan Cikpuan Muslimah Solehah yang di kasihi ALLAH. GMIM akan berada di booth niaga bersempena program "Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah", anjuran As Sohwah Events.

Hari: AHAD.
Tarikh: 26 Mei 2013.
Tempat: Institut Latihan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, Cheras.
Masa: 9 pagi ~ 12 tengahari.

Panelis yang bakal berkongsi pentas adalah selebriti dakwah yang tidak asing lagi, Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.

Kepada yang berminat tetapi masih belum mendaftar, in sha ALLAH anda masih belum terlambat! Hubungi pihak As Sohwah sekarang! ;)

Jangan lupa pula singgah di booth Galeri Muslimah Impian Mimi ya! :) In sha ALLAH pelbagai fesyen dan koleksi pakaian patuh syariat khas untuk Cikpuan. :)

Selamat Menimba Ilmu.
Selamat Mencuci Mata & Membeli.
In sha ALLAH.

Wassalam.


 

Copyright © Galeri Muslimah IMPIAN MIMI . Designed by Whitey Mommy